Sunday, May 22, 2011
Sunday, July 13, 2008
Jadual Waktu Mengajar(Praktikum)
Isnin - KT Thn 6S (9.15 - 9.45)
Selasa - KT Thn 5S (7.45 - 8.15)
Rabu - KT Thn 6M (7.45 - 8.15) dan KT Thn 5S (8.45 - 9.15) dan KT Thn 6S (12.45 – 1.15)
Khamis - KT Thn 6H (8.45 - 9.15) dan KT Thn 6M (11.45 – 12.15)
Jumaat - KT Thn 6H (10.45 – 11.15)
*KT - Kajian Tempatan

Tuesday, July 8, 2008
Hari kedua 8/7/08 di SKBH
Hari ini 8/7/08 adalah hari kedua saya di SK Bertam Hulu. Saya tiba di sekolah ini pada jam 7.20 pagi sama macam hari semalam (set time ...baik punye). Saya dapati murid sudah mula berbaris di padang perhimpunan dan sebentar kemudian murid diberi sedikit taklimat ringkas oleh GPK KoKu mengenai “Bulan Kecergasan”dan GPK HEM mengenai penjualan alatan sekolah.Kami mengambil kesempatan itu untuk mengambil gambar untuk dijadikan koleksi/bahan praktikum. Seperti semalam kami masih lagi tidak diberikan jadual waktu mungkin disebabkan minggu peperiksaan agaknya. Jadi kami terus saja meminta kebenaran untuk memasuki makmal komputer untuk melihat-lihat serta mengetahui keadaan sebenar adakah makmal tersebut sedia untuk kami gunakan maklumlah kami terpaksa menggunakan makmal tersebut semasa mengajar nanti. Setelah diperiksa kami dapati 9 daripada 20 buah komputer murid langsung tidak berfungsi. Oleh itu kami cuba memasang “NetOp student” pada 11 lagi komputer yang masih ok itu bagi kegunaan P&P kami nanti. Semua aktiviti ini kami buat setelah kami maklumkan kepada pihak pentadbiran terlebih dahulu. Setelah kerja-kerja pemasangan itu selesai,saya pergi berjumpa cikgu Yussof Haron untuk berbincang tentang mp Kajian Tempatan T5 yang akan saya ambil alih dari beliau dan selepas itu saya berjumpa dengan cikgu Hjh Zainab KT T6 bagi tujuan yang sama. Sebelum pulang, kami pergi berjumpa dengan GPK 1 bagi tujuan suaikenal dan juga untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah sekolah bagi mengumpul bahan untuk projek tamnbahan kami “Montaj”. Sekian.
Sunday, July 6, 2008
Hari Pertama 7/7/08 di SKBH
Assalamualaikum ....
Hari pertama di SK Bertam Hulu nampak macam ok je. Kami tiba di sekolah ini pada jam 7.20 pagi. Kami dijemput menyertai perhimpunan pagi dan di dalam perhimpunan tersebut kami diminta untuk memperkenalkan diri seorang demi seorang dihadapan hampir 600 orang murid dan lebih kurang 36 orang guru . Setelah tamat perhimpunan, semua guru terlibat dengan "morning prayer" iaitu taklimat ringkas dari Pn Rosnani bt Jantan selaku Guru Besar SK Bertam Hulu. Selepas itu GB telah menjemput kami ke pejabatnya untuk sesi taklimat mengenai praktikum ini. Saya diberi tugasan untuk mengajar KT tahun 5 dan 6 . Tugas kami sekumpulan antaranya membaikpulih sistem rangkaian dalaman dan menyediakan montaj sekolah. Segala aktiviti di sekolah, kami diminta untuk turut terlibat sama termasuk kegiatan Ko-kurikulum pada sebelah petang. Untuk pengetahuan, minggu ini merupakan minggu peperiksaan/ujian bulanan yang akan diadakan pada Khamis, Jumaat dan Isnin depan. Maka kami akan diberi tugas untuk menjaga peperiksaan tersebut. Menurut GB kami akan mula mengajar bermula pada minggu hadapan. Sekian.

Friday, June 20, 2008
Wednesday, June 18, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)