Assalamualaikum ....
Hari pertama di SK Bertam Hulu nampak macam ok je. Kami tiba di sekolah ini pada jam 7.20 pagi. Kami dijemput menyertai perhimpunan pagi dan di dalam perhimpunan tersebut kami diminta untuk memperkenalkan diri seorang demi seorang dihadapan hampir 600 orang murid dan lebih kurang 36 orang guru . Setelah tamat perhimpunan, semua guru terlibat dengan "morning prayer" iaitu taklimat ringkas dari Pn Rosnani bt Jantan selaku Guru Besar SK Bertam Hulu. Selepas itu GB telah menjemput kami ke pejabatnya untuk sesi taklimat mengenai praktikum ini. Saya diberi tugasan untuk mengajar KT tahun 5 dan 6 . Tugas kami sekumpulan antaranya membaikpulih sistem rangkaian dalaman dan menyediakan montaj sekolah. Segala aktiviti di sekolah, kami diminta untuk turut terlibat sama termasuk kegiatan Ko-kurikulum pada sebelah petang. Untuk pengetahuan, minggu ini merupakan minggu peperiksaan/ujian bulanan yang akan diadakan pada Khamis, Jumaat dan Isnin depan. Maka kami akan diberi tugas untuk menjaga peperiksaan tersebut. Menurut GB kami akan mula mengajar bermula pada minggu hadapan. Sekian.
Sunday, July 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tahniah! Blog anda membantu anda berkongsi maklumat tentang pengalaman praktikum di sekolah SK Bertam Hulu. Cuba gunakan Picasa Web Album untuk berkongsi foto-foto di sekolah dan aktiviti semasa praktikum.
Sila manfaatkan peluang semasa praktikum ini.
Post a Comment